Wednesday, August 8, 2012

Kehidupan

Perjalanan hidup ini amat sukar untuk dirancang.. Andai kata hidup ini bagai kan perjalan keretapi senandung malam.. Pasti aturannya amat teratur dan menyenangkan...
Namun hidup kita ini bagai kan perjalan bas loncat. Tidak Ada jadual serta pengurusan yg benar2 melancarkan perjalanan. Di sepanjang jalan yang kita lalui.. Kita pasti bertembung dengan beribu macam ragam penumpang.. Ada yang Cuma ingin menumpang sekejab Cuma... Ada yang ingin menumpang sepanjang perjalanan.... Ada yang ramah dan Ada juga yang sekadarnya sahaja....Ada yang sangat ikhlas dengan kita... Namun tak kurang juga dengan Ada yang sekadar ingin menumpang dan hanya ingin sampai Ke destinasi mereka sahaja. Boleh dikatakan perjalan hidup ini bergantung kepada nasib sahaja. Kengkadang nasib kita baik bila bertemu dengan mereka yang benar ikhlas. Bahagia terasa bila 'dia' ikhlas menerima kita seadanya.. Bersama tertawa n bersama menangis. 
Bahagia pabila 'dia'sentiasa memberikan perhatian.... 
Senang pabila 'dia' seakan memahami apa yang kita impikan....
Hidup ini ibarat mimpi.. ada mimpi disiang hari.. ada pula mimpi di waktu malam... ada mimpi yang sangat indah sehinggakan kita tidak mahu membuka mata dan menyedarkan diri dari lena... dan ada pula mimpi ngeri sehingga kita takut hendak melelapkan mata. Hrummpppppp.... apalah yang boleh kita harapkan untuk esok? sedangkan hari ini amat letih dan perit. Semalam yang hangat juga memilukan hati. Bahagiakah esok? Damaikah esok?
Namun esok tetap satu episode baru dalam hidup kita. Apa yang ada adalah harapan dan impian.. memiliki hari esok yang bahagia... memiliki hari esok yang damai.... moga lagit cerah bulan terang dan juga bintang berkedipan... moga ada sinar mentari muncul... esok

No comments:

~ my loves ~

sahabat ku

@